Nota dan Tips


Nota / Tips Bahasa Malaysia

BM
KARANGAN

Contoh karangan Lawatan dan Percutian 
Pengalaman menyertai lawatan/rombongan/perkelahan
(a)Lawatan/rombongan  (sekolah)
(b)Perkelahan (keluarga)

Pendahuluan (a) Lawatan@rombongan
Bila pergi melawat/berkelah
Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut
Tujuan lawatan.
Berapa ramai murid yang mengikuti-serta berapa orang guru pengiring

Contoh Pendahuluan (Lawatan)
Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti  lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan haiwan yang berada di zoo Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.

ISI ISI PENTING
1.       Sebelum bertolak (jam 7.30 pagi)
Berhimpun di tapak perhimpunan.
Guru pengiring memberi  taklimat .
Di bawa menaiki bas. Beratur semasa menaiki bas.
Contoh ayat
Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya berdisplin semasa berada di dalam kawasan zoo. Selepas memberi taklimat, guru guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.
2.       Semasa berada di dalam bas
-berbual bual dengan kawan kawan
- Menceritakan pengalaman masing masing
-makan dan minum sarapan –kuih dan air
Contoh ayat
Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami  menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri semasa di dalam bas untuk mengalas perut.
3.       Setelah sampai
Waktu  tiba -
siapa yang menyambut ketibaan-
pegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta maklumat mengenai zoo negara
Contoh ayat
Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai yang bertugas menyambut ketibaan  kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami.
4.       Aktiviti- (apa yang di lihat  dan di buat)
Melihat …..(pertunjukkan ,pameran,persembahan)
mengambil gambar
membeli cenderahati untuk di beri kepada ibubapa

Contoh ayat
Selepas itu, kami di beri peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di latih. Banyak haiwan haiwan yang terdapat di zoo negara yang belum pernah saya lihat di depan mata seperti harimau dan zirafah.
Penutup
Selepas makan tengahari
-Waktu pulang-
tiba di sekolah di jemput ibubapa-
perasaan
Contoh ayat
Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu.
Keseluruhan( Pendahuluan, 4 isi dan penutup)
Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti  lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah  untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan haiwan yang terdapat  di zoo. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai  Lawatan tersebut.
Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya menjaga displin semasa berada di kawasan zoo Negara. Selepas memberi taklimat, guru guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.
Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami juga menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri semasa di dalam bas untuk mengalas perut.
Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai yang bertugas menyambut ketibaan  kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami.
Selepas itu, kami di beri peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di latih membuat pertunjukkan yang menghiburkan hati kami. Ada juga murid yang mengambil peluang mengambil gambar dan membeli cenderamata untuk di hadiahkan kepada ibubapa.
Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu.









(b) Perkelahan bersama keluarga
Pendahuluan
-          Bila ,siapa dan kemana pergi
-          Dengan apa
-          Tujuan

Pada cuti persekolahan yang lalu kami  sekeluarga pergi berkelah ke Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang di pandu oleh ayah . Kami ke sana kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga.

ISI ISI PENTING
1. Sebelum pergi
-persediaan…………bawa bekalan makanan- bapa memeriksa kenderaan-
jam berapa bertolak

Sebelum pergi  kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di bawa dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak pada jam 7.30 pagi.
2. Semasa dalam perjalanan
Berbual-bual, melihat pemandangan dari dalam kereta-
Semasa dalam perjalanan ke………… kami sekeluarga berbual bual. Saya pula mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam kereta. Ada juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam kereta.

3. Tiba,suasana tempat tersebut  dan aktiviti selepas tiba
Waktu tiba- -mengeluarkan barang barang dari kereta- mencari tempat sesuai untuk berehat dan mendirikan khemah
Kami tiba di Port Dickson pada jam 9.00 pagi. Suasana di tempat tersebut sangat meriah dengan ramai orang membawa keluarga masing masing.Kami menolong ibu mengeluarkan barang barang perkelahan dan selepas itu menukar pakaian untuk mandi
4.Aktiviti –aktiviti lain (kalau pergi 2 hari aktiviti hari pertama dan hari kedua perlu di ceritakan)-membeli cenderamata-
Selain mandi saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan mandi manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan  yang di siapkan oleh ibu. Sebelum balik dari Port Dickson kami juga sempat membeli cenderamata untuk di jadikan kenang-kenangan.
Penutup
Hari dan waktu pulang. (kalau 1 hari…. waktu jam pulang sahaja).
Perasaan… (gembira dan seronok).
Waktu (jam) tiba di rumah
Pada jam 6 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut sangat gembira dan seronok.  Akhirnya Kami tiba di rumah pada jam 9 malam.





SISTEM BAHASA DALAM BAHASA MELAYU

KATA NAMA TERBAHAGI KEPADA TIGA IAITU :
1) KATA NAMA AM IAITU perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara -perkara yang bersifat umum dan lazimnya untuk menamakan
manusia seperti guru,ibu,kakak,polis,askar dan sebagainya
binatang seperti kucing, gajah, tikus,kambing dan sebagainya
benda seperti jam,kereta,telefon dan sebaginya
tumbuh-tumbuhan seperti padi, serai,rumput,pandan dan sebagainya

2)KATA NAMA KHAS IAITU merupakan perkataan yang merujuk secara khusus bagi sesuatu perkara. Kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar pada pangkalnya

3)KATA NAMA TERBITAN IAITU merupakan suatu perkataan yang terbit daripada kata dasar akibat proses pengimbuhan dan membawa suatu maksud yang baru. Proses pengimbuhan ini boleh terdiri daripada awalan, akhiran mahupun apitan. Contohnya:

AWALAN : ketua,kehendak,kekasih,pemanis dan sebagainya
AKHIRAN: makanan, lautan,mainan,minuman,jawapan,latihan dan sebagainya
APITAN : kejayaan, kedudukan,persekitaran,pemberian,kesusahan dan sebagainya




KOLEKSI UNGKAPAN MENARIK
1. Kesimpulan - Tuntasnya/Sebagai intihanya/Konklusinya/Akhir Kalam
2. Kesannya - Ironinya,Impak
3. Dewasa ini - Muthakir ini
4. Dewasa ini - Marcapada ini
5. Pelbagai - Rencaman
6. Alat - Wadah
7. Digiatkan - Disemarakkan
8. Meningkatkan - Memperkasa
9. Masalah,halangan - Kekangan
10. Masalah - Kemelut
11. Zaman global - Arus globalisasi
12Sehubungan itu - Rentetan itu
13. Kerjasama - Sinergi
14. Keruntuhan moral- Kebejatan moral
15. rohani - Ukhrawi
16. Pasti - Nescaya
17. Ambil mudah - Enteng
18. Menggangu - Menerjah
19. Digunakan - Diimplementasikan
20. Tidak mengikut peraturan - Delikuen
21. Isu yang sering dibincangkan - Polemik
22. Peringkat demi peringkat - Secara analogi
23. Penuh semangat - Penuh iltizam
24. kemajuan - Inovasi
25. Praktikal - Pragmatis
26. Menyebabkan - Menjurus
27. Memulakan - Mengorak
28. seluruh - Seantero
29. Hubungan yang erat - Keakraban
30. Konkongan - Belenggu
31. Hebat - Berkaliber
32. Menempa - Mercu
33. Masa kini - Kontemporari
34. Utama - Dominan
35. Mementingkan keseronokan - Hedonisme
36. Membicarakan - menyoroti
37. Penting atau bermakna - Signifikan
38. Mulia - Holistik
39. Sempurna - Ideal
40. Sesuatu yang patut diteladani - Entiti Mithali
41. Falsafah - Filsafat
42. Pendidikan - tarbiah
43. Perubahan yang baik - Anjakan paradigma
44. Walaupun begitu - Kendatipun begitu
45. Terkenal - Tersohor
46. Bersifat kompleks - Sofisikated
47. Dunia - Mayapada
48. Melahirkan,menunjukkan - Memanisfestasikan
49. Pelbagai - Heterogen
50. Cita-cita - Aspirasi
51. Pengetahuan yang cetek - Dangkal
52. Menyerah - Pasrah
53. Kecuaian,lupa - Kealpaan
54. Kerjasama - Komitmen
55. Dihubungkan - Dirangkaikan
56. Mantap - Mampan
57. Suatu alasan yang menjadikan sesuatu wajar dilakukan - Justifikasi
58. Reputasi - Prestij
59. Penghalang - Petualang
60. Menjalankan tugas dengan cekap - Efisien
61. Menyebabkan terbitnya sesuatu - Meledakkan
62. Bekas perdana menteri - Mantan perdana menteri
63. Pembangunan manusia - Modal insan
64. Harta atau aset - Khazanah
65. Berusaha sedaya upaya - Berhempas pulas
66. Dunia tanpa sempadan - Arus globalisasi
67. Mengundang - Menggamit
68. Kemudahan - Prasarana
69. Sikap mementingkan diri sendiri - Nafsi

70. Keadaan - Kondisi

NOTA / TIP BAHASA INGGERIS

English Paper 2 - Format
Paper 2 comprises three sections, Section A, Section B and Section C.

Section A :  Sentence Construction (Based on the given words and graphic)(10 marks)
- Pupils construct sentences based on the composite picture.
- Construct 5 sentences about the picture.
- Pupils should be creative and possessed good thinking skills.
- Must show variety of sentences (Simple sentence, Compound sentence and  Complex sentence) in order to score high marks.
- Pupils must have a good command of the language, minimal grammatical,   spelling and punctuation errors.


Section B : Information Transfer
(2a - 10 marks)
(2b - 5 marks)
- Pupils are required to read and understand the information in the notes.
- Transfer will be at word or phrase level. - Pupils are required to transfer the information correctly in the answer's table   provided.
 - Strictly marking.
 - Pupils should avoid any spelling and punctuations mistakes when  transferring the information.
- Provide good reasons for the choice made.
- Pupils must have a good command of the language, minimal grammatical,  spelling and punctuation errors.


Section C : Note Expansion (15 marks)
- This question requires a pupil to study carefully the pictures based on a theme. A   set of words are also given with each pictures.
- Pupils are encouraged to make one, two or more sentences depending on their   proficiency.
- Write in paragraphs with an introduction and a suitable ending.
- Pupils must have a good command of the language, minimal grammatical,  spelling and punctuation errors.
- Pupils should possess good writing skills, construct interesting essay, able to  use idiom or simile (sometimes), adjectives, adverbs and use variety of  sentences in order to score high marks.
- Grammar is essential as marks are given based on the sentences that are well   constructed.


http://sharingmomentsatyourleisure.blogspot.com/2012/06/section-c-english-upsr-paper-2-sjkc.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan